Senin, 01 November 2010

mutiara hikmah

Ilmu itu lebih baik
daripada harta. Ilmu
menjaga engkau dan
engkau menjaga harta.
Ilmu itu penghukum
(hakim) dan harta
terhukum. Harta itu
kurang apabila
dibelanjakan tapi ilmu
bertambah bila
dibelanjakan.
-Saidina Ali bin Abi Talib
Kecantikan bukan terletak
pada pakaian yang
dipakai tetapi ia
bergantung kepada
keelokan akhlak dan budi
pekerti. - Saidina Ali bin
Abi Thalib
Jadilah seperti pohon
kayu yang lebat buahnya,
tumbuh di tepi jalan.
Dilempar buahnya dengan
batu, tetapi tetap dibalas
dengan buah. -Saidina Abu
Bakar As-Siddiq
Alangkah buruknya
kepapaan, kalau aku
mengadu aku malu, kalau
aku berdiam diri aku
binasa -Saidina Ali bin Abi
Talib
Jangan berkawan dgn
orang yang tamak kerana
pada zahirnya ia ingin
membahagiakanmu tapi
hakikatnya dia akan
mencelakan . Jauhilah
berteman dengan
pembohong kerana ia
boleh menjadikan orang
yang dekat lari
daripadamu dan
sebaliknya .Janganlah
berkawan dengan orang
yang bakhil kerana ia
akan melupaimu di waktu
kamu sangat
memerlukannya dan
jauhilah bersahabat
dengan orang yang suka
berbuat jahat kerana ia
tidak malu untuk
menjualmu dengan harga
yang sangat murah -
Saidina Ali bin Abi Thalib
Hanya lidah yang mahu
berdusta dan berbohong.
Namun pandangan mata,
hayunan kedua belah
tangan, langkah kedua
belah kaki dan
pergerakan tubuh atau
seluruh anggota badan
akan menafikan apa yang
diucapkan oleh lidah -
Khalifah Ali bin Abi Talib
Jangan engkau percaya
melihat kegagahan
seorang lelaki. Tetapi jika
mereka teguh memegang
amanah dan menahan
tangannya daripada
menganiayai sesamanya,
itulah lelaki yang
sebenarnya -Khalifah
Umar al-Khattab
Nilai seseorang sesuai
dengan kadar tekadnya,
ketulusannya sesuai
dengan kadar
kemanusiaannya,
keberaniannya sesuai
dengan kadar
penolakannya terhadap
perbuatan jahat dan
kesucian hati nuraninya
sesuai dengan kadar
kepekaannya terhadap
kehormatan dirinya -
Khalifah Ali bin Abi Talib
Kebajikan yang ringan
adalah menunjukkan
muka berseri-seri dan
mengucapkan kata-kata
lemah-lembut
-Saidina Umar bin Al-
Khatab
Orang yang terlalu
memikirkan akibat dari
sesuatu keputusan atau
tindakan, sampai bila-
bilapun dia tidak akan
menjadi orang yang
berani -Khalifah Ali bin Abi
Talib
Agama buat kehidupan di
akhirat, harta buat
kehidupan di dunia. Di
dunia orang yang tidak
berharta berasa susah
hati, tetapi orang yang
tidak beragama merasa
lebih sengsara -Saidina
Abu Bakar As-Siddiq
Kekayaan yg sebenar
ialah akal , kepapaan yg
sebenar ialah rosak akal .
Sepi yang sebenarnya
ialah kagum dengan diri
sendiri dan kemuliaan
yang sebenar ialah akhlak
yg baik. - Saidina Ali bin
Abi Thalib

PERdAna

Ini adalah posting pertama ane. Ane mosting ini pada bakda isya, karena capek tapi ndak bisa tidur, akhirnya aku bikin blog, yang moga-moga kedepannya ada manfaatnya. Dan itu memang harapan Ane. Ane berencana blog ini akan menjadi diary ku, untuk hari-hariku yang berkesan. Juga untuk sarana menyambung tali silaturahim, juga ukhuwah islamiah. Kepada para Akhi n Ukhty Para pengunjung dipersilahkan meninggalkan komentar, nasihat. Terimakasih.
Wassalam
Akhukum
Daut Subari